Resepi: Ayam Golek Berempah

Author: Nana Farhana // Category:

Bahan:
1 ekor ayam - dibersihkan & jangan dipotong (hanya buang kepala, kaki & isi perut)
Segenggam biji ketumbar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1 tsp serbuk kunyit
Sedikit halia
Garam & gula secukupnya
Madu (optional)

Bahan tambahan (jika mahu):
3 biji russet potato - didadu besar
2 biji bawang besar - potong besar memanjang
1 batang carrot - Didadu besar
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak zaitun

Sedia untuk diterkammm..


Cara:
1. Kisar semua bahan kecuali ayam.
2. Lumurkan bahan kisar pada seluruh permukaan ayam, di bawah kulit & di dalam perut.
3. Perapkan sekurang2nya 3 jam atau lebih elok semalaman.
4. Bakar / golekkan dalam oven selama 1 jam dengan suhu 200C. Masa membakar dan suhu bergantung juga pada oven masing2.
5. Letakkan bahan tambahan di atas dulang pembakar & tabur garam, serbuk lada hitam & minyak zaitun.
6. Gaul rata & bakar bersama ayam tadi. 

 **Nana gunakan function rotisserie untuk golekkan ayam. Dulang pembakar diletakkan di bawah level ayam.

0 Responses to "Resepi: Ayam Golek Berempah"

Post a Comment